TEL AVIV: Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar yang dibunuh oleh rejim Zionis kini disimpan di sebuah lokasi rahsia Israel di selatan Gaza.
Sumber Israel memaklumkan, jenazah Yahya boleh digunakan sebagai ‘alat tawar-menawar’ untuk pertukaran bagi membebaskan tahanan Israel yang ditahan di Gaza.
Keutamaan Israel kini adalah memastikan pembebasan tahanan dalam menentukan cara mengambil peluang terhadap jenazah individu yang dituduh oleh Israel sebagai dalang serangan pada 7 Oktober, tahun lalu.
Pihak berkuasa Israel kini sedang mempertimbangkan cara untuk mencipta tekanan dengan lebih cepat terhadap Hamas supaya membebaskan kesemua tawanan Israel.
Kedua-dua sumber bersetuju jenazah Yahya boleh dianggap sebagai ‘alat tawar-menawar’.
Sumber diplomatik berpandangan mengembalikan mayat Yahya ke Gaza dalam apa sahaja keadaan berisiko membangkitkan sokongan kepada Hamas.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden, Isaac Herzog mengadakan mesyuarat keselamatan mengenai ‘peluang besar’ yang tersedia akibat pembunuhan Yahya untuk pembebasan tahanan, menurut kenyataan pejabat Herzog.
Menerusi kenyatan, Netanyahu menyeru anggota Hamas yang masih menawan tahanan Israel agar meletakkan senjata dan membebaskan mereka.
Dakwanya, sesiapa yang berbuat demikian akan dibenarkan untuk ‘keluar dan meneruskan hidup’. – CNN










