TEHERAN: Iran memberi amaran akan mempertahankan diri selepas serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya empat tentera dan mencetuskan kebimbangan perang besar-besaran di Asia Barat. Israel memberi amaran kepada Iran akan ‘membayar harga yang tinggi’ jika pihaknya bertindak balas terhadap serangan itu. Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Britain menuntut Teheran tidak meningkatkan lagi konflik berkenaan. Presiden AS, Joe Biden berkata, beliau berharap ‘ini adalah penamat’ selepas serangan Israel yang ‘tidak mengenai apa-apa…










