'Baki ahli GISBH akan didakwa selepas siasatan selesai' 

‘Baki ahli GISBH akan didakwa selepas siasatan selesai’ 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis masih menjalankan siasatan terhadap lebih 30 individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan mereka kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mendakwa individu berkenaan setelah siasatan selesai.

“Secara keseluruhannya, kita tangkap 60 individu dan diletakkan di bawah SOSMA. Namun, selepas berurusan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC), kita dapat menuduh 22 orang hari ini.

“Baki (yang ditahan bawah SOSMA), yang mana belum habis lagi (siasatan), kita buat siasatan lanjut, (tempoh tahanan) SOSMA kita panjang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN