Tiga gandingan jadi calon Pilihan Raya Gabenor Jakarta 2024

Tiga gandingan jadi calon Pilihan Raya Gabenor Jakarta 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pesuruhjaya Pemilihan Umum (KPU) secara rasmi mengumumkan tiga gandingan calon yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Gabenor Jakarta 2024.

Pengerusi KPU Jakarta, Wahyu Dinata berkata, gandingan Pramono Anung dan Rano Karno, Ridwan Kamil dan Suswono, serta calon bebas, Dharma Pongrekun dan Kun Wardana, akan bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Keputusan ini dibuat berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Keputusan KPU 125 tahun 2024.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Dinata, KPU akan mengadakan undian bagi menentukan nombor calon di kertas undi pada hari ini, manakala tiga debat di televisyen akan dianjurkan bermula 6 Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pendidikan Pengundi KPU, Astri Megatari berkata, setiap pasangan calon dibenarkan membawa ahli kempen ke sesi undian serta acara-acara lain yang dianjurkan.

Beliau turut menggesa para pengundi agar kekal rasional dan tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat palsu sepanjang musim kempen. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini