LONDON: Russia dipercayai menyeludup komponen elektronik dari India untuk digunakan dalam peperangan terhadap Ukraine, dedah Financial Times semalam yang memetik dokumen sulit kerajaan dan sumber-sumber tidak dikenali. Menurut Financial Times, Konsortium Aktiviti Ekonomi Asing dan Kerjasama Antarabangsa dalam Industri (Ved MMKP) yang berpangkalan di Moscow melaporkan kepada Kementerian Industri dan Perdagangan Russia pada Oktober 2022, pihak mereka membelanjakan AS$976,650 (RM4.23 bilion) untuk komponen yang sebelum ini dibeli melalui negara-negara Barat.…










