Pope Francis seru penganut agama bersatu - Utusan Malaysia

Pope Francis seru penganut agama bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis menyeru penganut semua agama agar bersatu bagi memastikan keharmonian sejagat dan mengelak konflik kemanusiaan.

Beliau berkata demikian semasa lawatannya ke Masjid Istiqlal di sini yang juga masjid terbesar di Asia Tenggara.

Katanya, perpaduan antara agama amat penting lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda keganasan dan konflik yang berleluasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agama kini dijadikan punca perbalahan sedangkan ia sepatutnya menggalakkan keharmonian dan menjadi panduan bagi semua manusia,” katanya di hadapan pemimpin-pemimpin agama di sini, semalam.

Pada acara itu, Pope Francis bertemu dengan Imam Besar Nasaruddin Umar dan menandatangani deklarasi bersama yang menekankan nilai-nilai bersama merentasi pelbagai agama untuk menggalakkan perdamaian dan keamanan.

Beliau dan Nasaruddin turut berdiri di pintu masuk ke Terowong Persahabatan, sebuah laluan bawah tanah yang menghubungkan kompleks masjid dengan gereja Katolik yang berdekatan, Our Lady of the Assumption.

Selain Indonesia, Pope Francis juga pernah mengunjungi beberapa negara Islam lain antaranya ke Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2019, ketika beliau menandatangani sebuah dokumen mengenai persaudaraan kemanusiaan dengan Imam Besar Al-Azhar.

Lawatan ke Indonesia ini adalah yang ketiga oleh seorang pope dan yang pertama sejak John Paul II pada tahun 1989.

Bilangan penganut Katolik di Indonesia adalah sekitar lapan juta orang berbanding 242 juta atau 87 peratus penduduk Islam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini