Pembangkang Bangladesh desak pilihan raya segera

Pembangkang Bangladesh desak pilihan raya segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Ribuan aktivis dan pemimpin pembangkang, Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) berhimpun di ibu negara bagi menuntut peralihan demokrasi melalui pilihan raya.

Desakan melalui demonstrasi itu dibuat berikutan sehingga kini, kerajaan sementara Bangladesh yang dipimpin Muhammad Yunus belum menggariskan jangka masa untuk melaksanakan pengundian.

Penunjuk perasaan berhimpun di hadapan ibu pejabat BNP di Dhaka, sambil melaungkan slogan menuntut pilihan raya baharu.

Setakat ini, kerajaan sementara melancarkan beberapa rancangan untuk mereformasi pelbagai sektor negara, daripada Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga ke institusi kewangan.

Bagaimanapun, parti politik utama, termasuk BNP yang diketuai bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia, mahukan pilihan raya baharu segera diadakan.

Yunus mengambil alih kepemimpinan selepas bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina melarikan diri dari negara berikutan pemberontakan besar-besaran bulan lalu, yang menamatkan tempoh 15 tahun pemerintahannya.

Protes yang bermula pada Julai berubah menjadi gerakan antikerajaan, dan Hasina kini menetap di India selepas mengumumkan peletakan jawatan.

Dalam ucapan terbaharunya, Yunus tidak menetapkan rangka masa untuk pilihan raya baharu, sebaliknya menyatakan kesediaan untuk kekal berkuasa selagi diperlukan oleh rakyat.

Sekumpulan pengarang akhbar, baru-baru ini mencadangkan agar Yunus melengkapkan pembaharuan penting terlebih dahulu dan kekal berkuasa sekurang-kurangnya dua tahun.

Pada mulanya, BNP menuntut pilihan raya diadakan dalam masa tiga bulan, namun mengubah fikiran bagi memberi tempoh kepada kerajaan sementara untuk melaksanakan pembaharuan.

Parti Islam utama negara, Jamaat-e-Islami, yang dahulunya sekutu rasmi parti Zia, juga memberikan tempoh masa kepada kerajaan Yunus sebelum pilihan raya baharu diadakan.- AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×