Waran tangkap enam individu susulan keganasan Tak Bai

Mahkamah keluar waran tangkap 6 individu susulan keganasan Tak Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Tinggi Narathiwat mengeluarkan waran tangkap terhadap enam individu termasuk empat bekas pegawai kanan polis yang didakwa terlibat dalam insiden pembunuhan kejam di Tak Bai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yayasan Rentas Budaya (CrCF) yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan memaklumkan waran tangkap tersebut dibuat susulan kegagalan keenam-enam tertuduh menghadiri perbicaraan yang dijadualkan pada Khamis, bagi memeriksa bukti dan menetapkan jadual pendengaran saksi.

Mahkamah turut mengemukakan permohonan segera kepada Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran memanggil tertuduh pertama iaitu seorang ahli Parlimen Pheu Thai, yang juga bekas Pengarah Komander Kawasan Tentera Ke-4 ketika insiden keganasan itu, untuk  hadir perbicaraan pada 15 Oktober depan.

“Kes yang didaftarkan sebagai Kes Jenayah No. A.578/2024, dibawa oleh 48 plaintif keluarga mangsa yang terkorban dan yang cedera semasa insiden Tak Bai terhadap sembilan pegawai negeri yang terlibat dalam pembubaran tunjuk perasaan di hadapan Balai Polis Tak Bai pada 25 Oktober 2004, yang mengakibatkan banyak kecederaan dan kematian.

“Walaupun telah diberitahu lebih awal, tiada seorang daripada tujuh defendan yang hadir di mahkamah. 

“Pendakwa raya yang mewakili defendan kelapan (bekas Timbalan Pengarah Bahagian Pembinaan Keamanan Wilayah Selatan) dan sembilan iaitu bekas Timbalan Pengarah Bahagian Pembinaan Keamanan Wilayah Selatan ketika kejadian, memaklumkan kepada mahkamah beliau tidak dapat menghubungi kedua-dua tertuduh.

“Peguam yang mewakili defendan lain juga melaporkan tiada komunikasi dengan anak guam mereka selepas perintah terakhir mahkamah.

“Mahkamah menentukan defendan telah diberitahu dengan betul mengenai pendengaran tersebut dan tidak memberikan alasan atas ketidakhadiran mereka mahupun memohon kebenaran untuk menangguhkan kes,” tulis kenyataan itu. 

Tertuduh adalah bekas Komander Divisyen Infantri Ke-5; bekas Pengarah Pusat Komando, Pos Hadapan Polis Diraja Thailand; bekas Pesuruhjaya Polis Wilayah; dan bekas Ketua Polis Balai Tak Bai ketika kejadian.

Ketujuh-tujuh mereka menghadapi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan untuk bersama-sama melakukan kesalahan termasuk pembunuhan, cubaan membunuh, dan penahanan yang tidak sah mengikut Seksyen 288 dan 83; Seksyen 288, 80, 83, serta Seksyen 310 perenggan dua berserta Seksyen 290, 83 Kanun Keseksaan Thailand.

Dalam kejadian pada 25 Oktober 2004, seramai tujuh penunjuk perasaan terbunuh di lokasi kejadian, manakala 78 yang lain meninggal dunia akibat lemas atau kegagalan organ berfungsi semasa mereka dibawa ke sebuah kem tentera di daerah Nong Chik, wilayah Pattani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini