Kucing suka mencakar sebab bosan? - Utusan Malaysia

Kucing suka mencakar sebab bosan?

KUCING gemar melakukan aktiviti luar rumah seperti memanjat pokok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mencakar adalah perilaku semula jadi kucing yang bertujuan menjaga kuku mereka agar sentiasa tajam dan dalam keadaan baik dan sebagai haiwan pemangsa, naluri binatang tersebut adalah untuk memastikan kukunya sentiasa tajam bagi memburu mangsa.

Mencakar juga membantu kucing membuang lapisan lama pada kuku, memperlihatkan bahagian kuku baru yang lebih tajam di bawahnya.

Namun, di samping fungsi fizikal, kebiasaan ini juga merupakan salah satu cara kucing berkomunikasi dengan kucing lain.
Kucing meninggalkan tanda bau melalui kelenjar aroma di antara bantalan kaki mereka setiap kali mereka menggaruk permukaan tertentu.

Bau unik ini bertindak sebagai penanda kawasan yang telah ‘dikuasai’oleh kucing tersebut.

Di rumah, terutama bagi kucing peliharaan yang tidak mempunyai akses keluar, mereka cenderung menggaruk perabot seperti sofa, karpet, dinding, dan pelbagai perabot lain.

Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi kebiasaan menggaruk kucing, termasuk rasa tidak aman, kebosanan, atau untuk meminta perhatian.

Antaranya ialah kucing yang selalu mencakar di banyak tempat mungkin rasa tidak aman di kawasan tersebut, di samping haiwan yang mencakar perabot akan mendapat perhatian daripada pemiliknya akan menganggap cara ini sebagai cara untuk mendapatkan perhatian.

Kebosanan juga menjadi salah satu punca kenapa kucing suka mencakar kerana haiwan tersebut akan mencari cara untuk menghilangkan kebosanan tersebut, termasuk dengan menggaruk dinding atau perabot.

Jika kebiasaan mencakar kucing sudah berlebihan dan tidak berkaitan dengan naluri semulajadinya, sebaiknya pemilik kucing merujuk kepada pakar tingkah laku haiwan atau doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.

Untuk mengatasi masalah ini, penyelesaian utama adalah dengan menyediakan alternatif yang disukai kucing, seperti tiang garukan kerana tiang garukan yang baik seharusnya cukup tinggi untuk membolehkan kucing meregangkan badan sepenuhnya serta memiliki asas yang kukuh. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN