Australia perkenal had umur guna media sosial - Utusan Malaysia

Australia perkenal had umur guna media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia akan memperkenalkan undang-undang untuk melarang kanak-kanak daripada menggunakan platform media sosial berikutan risiko terhadap kesihatan fizikal dan mental yang mungkin timbul kepada golongan berkenaan. 

Perdana Menterinya, Anthony Albanese berkata, kerajaan akan memulakan percubaan pengesahan umur sebelum memperkenalkan undang-undang itu beberapa bulan lagi. 

“Saya mahu melihat kanak-kanak bermain bola sepak di padang, berada di kolam renang dan gelanggang tenis berbanding hanya memegang peranti elektronik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka perlu merasai pengalaman sebenar dengan orang sekeliling dan alam sekitar selain sedar tentang keburukan dibawa oleh media sosial,” kata Albanese kepada stesen penyiar berita, ABC News.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan had umur untuk larangan itu, namun berkata ia mungkin sekitar 14 dan 16 tahun.

Tambah Albanese, beliau juga bimbang tentang kesan buli siber terhadap kesihatan mental kanak-kanak dan pendedahan mudah kepada kandungan dalam media sosial yang boleh membahayakan mereka.

Beberapa negara berusaha menyekat penggunaan media sosial untuk golongan bawah umur, tetapi cabaran dan teknologi undang-undang seperti rangkaian peribadi maya yang menyembunyikan lokasi, telah menyukarkan usaha kerajaan.

Satu kajian oleh University of Sydney pada tahun lalu mendapati, tiga suku daripada remaja negara ini yang berusia antara 12 hingga 17 tahun menggunakan YouTube atau Instagram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini