11 maut tanah runtuh di lombong haram, Sumatera Barat

11 maut tanah runtuh di lombong haram, Sumatera Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 11 maut dalam insiden tanah runtuh di sebuah lombong haram di wilayah Sumatera Barat.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada petang Khamis selepas hujan lebat di kawasan perlombongan haram di Nagari Sungai Abu, mukim Hiliran Gumanti.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Solok (BPBD), Irwan Efendi berkata, jumlah itu menurun berbanding yang dilaporkan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Angka itu sudah disemak dan dikemas kini, susulan kesilapan pengiraan yang dikaitkan dengan lokasi terpencil.

“Disebabkan lokasi tanah runtuh yang jauh dan memerlukan empat hingga enam jam berjalan kaki, di samping kekurangan rangkaian komunikasi,terdapat bilangan mangsa yang tidak sepadan,” katanya.

Sebelum ini, pegawai melaporkan 25 orang dipercayai hilang akibat tragedi itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini