Tolak perkauman, ribuan rakyat UK berkumpul secara aman - Utusan Malaysia

Tolak perkauman, ribuan rakyat UK berkumpul secara aman

ORANG RAMAI berkumpul secara aman di seluruh UK sebagai tindak balas terhadap pihak perkauman. yang cuba mencetuskan kekacauan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribuan rakyat UK yang menolak perkauman berkumpul di seluruh kawasan dalam United Kingdom (UK) sebagai tindakan balas dan membantah terhadap tindakan kumpulan haluan kanan yang menyebarkan kebencian sehingga berlaku rusuhan.

BBC melaporkan, lebih 100 demonstrasi telah diadakan di seluruh England sehingga memaksa lebih 6,000 anggota polis dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Mereka berkumpul secara aman sambil membawa sepanduk ‘tolak perkauman’ dan ‘tolak fasisme’ susulan tindakan keterlaluan kumpulan haluan kanan yang mencetuskan perkauman dan Islamophobia hingga menyerang masjid dan mengancam kehidupan umat Islam di UK.

Lapor The Guardian, ribuan rakyat di beberapa bandar utama termasuk London untuk menzahirkan solidariti dan menolak budaya keganasan sesetengah pihak sejak minggu.

Rusuhan di beberapa bandar Britain yang berlaku sejak minggu lalu sehingga mencederakan polis dan kerosakan harta benda awam disifatkan paling besar sejak 13 tahun yang berpunca daripada kejadian pembunuhan tiga gadis di barat laut England, hujung Julai lalu.

Suspek, Axel Rudakubana berusia 17 tahun kononnya dituduh dalam media sosial seorang imigran sebaliknya dia disahkan telah dilahirkan di negara itu.

Perdana Menteri UK, Keir Starmer dalam maklum balas segera menegaskan tiada tolak terhadap pihak mencetuskan kekecauan dan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehingga kini, lebih 400 orang ditahan manakala 140 didakwa atas tuduhan merusuh.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN