Shah Firdaus harapan terakhir kaut emas

Shah Firdaus harapan terakhir kaut emas

MUHAMMAD Shah Firdaus Sahrom (baju hitam) ketika mendapat tempat pertama pada aksi pusingan pertama repechage keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi harapan terakhir negara dalam membutir pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berusia 28 tahun itu akan beraksi dalam aksi suku akhir keirin lelaki sebagai wakil tunggal Malaysia pada hari terakhir temasya, hari ini.

Malaysia dilanda sejarah hitam, apabila sandaran pingat emas negara, Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya seawal pusingan pertama.

Beliau terpaksa menelan pahit apabila didapati memotong ‘pacer’ dengan lebih awal sebelum meninggalkan trek pada saringan pertama.

Penyingkiran Azizulhasni menyaksikan Shah Firdaus akan menggalas tanggungjawab besar untuk menjadi harapan terakhir negara dalam membawa pulang pingat emas pertama.

Pemenang dua gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu berdepan dengan cabaran getir apabila akan berlumba dengan atlet Great Britain (Jack Carlin), Matthew Glaetzer (Australia) dan Kaiya Ota (Jepun).

Aksi suku akhir dijadualkan akan berlangsung pada 5.30 petang diikuti separuh akhir pada 6.30 petang dan final akan berlangsung pada 7.30 malam ini waktu Malaysia.

Setakat ini, Malaysia hanya berjaya meraih dua gangsa menerusi sukan badminton iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN