Presiden Ukraine akui serang Russia

Presiden Ukraine akui serang Russia

VOLODYMYR ZELENSKYY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky buat kali pertama mengakui tenteranya sedang melancarkan serangan ke wilayah Kursk di barat Russia.

Pengakuan itu dibuat beliau dalam satu ucapannya yang disiarkan di televisyen malam tadi, lima hari selepas Kyiv dan Moscow berbalas serangan di sempadan sehingga memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.

Dalam ucapannya, Zelensky mengucapkan terima kasih kepada tentera Ukraine selain mendedahkan beliau telah bertemu dengan Panglima Tentera Kanan negara itu, Oleksandr Syrsky bagi berbincang lebih lanjut tentang operasi ketenteraan terhadap wilayah Russia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ukraine membuktikan bahawa kita boleh mengembalikan keadilan dan memastikan pihak lawan terus menerima tekanan,” tambahnya.

Tentera Ukraine dilaporkan berada sejauh 10 kilometer di wilayah Russia, kemaraan paling jauh sejak Moscow melancarkan serangan besar-besaran terhadap Kviy pada Februari 2022.

Dalam kejadian terbaharu serangan oleh Ukraine terhadap Moscow, sekurang-kurangnya 13 cedera dengan dua daripadanya parah di Kursk, Russia awal pagi ini.

Sementara itu di Ukraine awal pagi ini, serangan dilaporkan berlaku ibu negara Kyiv dan di wilayah Sumy.

Agensi berita Russia, Tass melaporkan, lebih 76,000 penduduk terpaksa berpindah dari kawasan sempadan ekoran konflik berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini