Palestin hargai usaha Malaysia beri peluang menjadi 'home ground'

Palestin hargai usaha Malaysia beri peluang menjadi ‘home ground’

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli bersama duta Palestin, Walid Abu Ali ketika kunjungan hormat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini. - IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Palestin menghargai usaha Malaysia memberi peluang menjadi tuan rumah pada perlawanan bola kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga zon Asia antara Palestin dan Jordan, September ini.

Menerusi kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata Malaysia sentiasa ‘membuka pintu’ untuk pasukan Palestin menjadi tuan rumah dan menyokong mereka melalui latihan bersama.

“Dalam suasana dunia yang semakin mencabar bagi rakyat Palestin, kita harus memastikan semangat kenegaraan mereka tidak luntur.

“Palestin sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia dan kita telah berkali-kali menunjukkan solidariti melalui pelbagai himpunan dan acara,” kata Adam dalam kenyataan KBS hari ini.

Terdahulu, Adam menerima kunjungan hormat duta Palestin, Walid Abu Ali yang mana beliau mengucapkan penghargaan kepada Malaysia di Menara KBS, hari ini.

Sementara itu, Adam turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Palestin menerusi pembangunan belia dan sukan pada kunjungan terbabit.

“Kami sependapat bahawa penting untuk memberi peluang kepada generasi muda baik anak muda Malaysia mahupun Palestin untuk terus memahami dan memperkukuh identiti Palestin.

“Malaysia akan terus berdiri teguh dalam usaha ini bagi memupuk kesedaran dan solidariti di kalangan belia kita,” jelasnya.

Tahun lalu, Adam menawarkan skuad bola sepak Palestin untuk menjadikan Stadium Cheras Kuala Lumpur sebagai ‘neutral ground’ selepas permohonan mereka bermain di Algeria ditolak oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Palestin dijadualkan akan menentang Jordan pada 10 September ini di Stadium Kuala Lumpur, Cheras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN