PARIS: Bintang renang Amerika Syarikat (AS), Katie Ledecsky mengakui bukan sesuatu perkara yang mudah selepas memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris dalam acara 1500 meter (m) gaya bebas, menambah lapan emas dalam koleksinya.
Atlet berusia 27 tahun itu sukar ditandingi, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 15 minit 30.02 saat (s), satu rekod Olimpik dan lebih 10s mendahului Anastasiia Kirpichnikova dari Perancis di tempat kedua. Isabel Gose dari Jerman meraih pingat gangsa.
Kemenangan tu membolehkan dia menjadi atlet renang pertama memenangi emas dalam empat edisi Sukan Olimpik.
Dalam kalangan lelaki, hanya rakan senegaranya, Michael Phelps dan Ryan Lochte telah berjaya melakukannya.
Ia adalah ganjaran untuk tiga tahun kerja keras setelah dia meraih kejayaan di Tokyo.
“Ia bukan mudah, tidak bertambah mudah, jadi saya cuba meraikannya setiap tahun.
“Ada perbezaan pandangan yang saya lalui dalam tahun berbeza. Perbezaan cabaran anda harus lalui setiap tahun dalam latihan ketika anda mula berusia,” katanya.
Ledecky berusia 15 tahun ketika memenangi 800m gaya bebas di Sukan London 2012 dan mengulanginya di Rio empat tahun kemudian, ketika kejayaannya dalam 800m adalah sebahagian daripada empat emas termasuk 200m dan 400m gaya bebas.
Pada Olimpik Tokyo 2020, Ledecky meraih emas ketiga berturut-turut dalam acara 800m gaya bebas dan memenangi 1500m gaya bebas yang pertama kali ditawarkan di Sukan Olimpik bagi kategori wanita. – AFP










