Krim paf kastad manis berlemak

Krim paf kastad manis berlemak

PETALING JAYA, 30 JULAI 2024 - Krim Paf Kastard Manis Berlemak. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; JOHANNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KRIM paf kastad merupakan hidangan pencuci mulut berasal dari Eropah.
Teksturnya yang lembut diisi pula dengan kastard berlemak menjadikan ia pilihan terbaik untuk minum petang.
Kombinasi manis berlemak ini lebih sempurna jika digandingkan bersama secawan teh panas. Pastinya memikat selera.
Berikut adalah cara mudah untuk menyediakan manisan ini di rumah.
BAHAN-BAHAN PAF
-125 gram tepung gandum
-250 mililiter air
-100 gram mentega
-1 sudu kecil gula
-3 biji telur
BAHAN-BAHAN KRIM
-3 sudu besar tepung kastad
-3 sudu besar gula
-400 mililiter susu sejat
-1 sudu kecil esen vanila
CARA-CARA PENYEDIAAN PAF
-Dengan menggunakan api sederhana, cairkan mentega bersama air dan gula.
-Masukkan tepung dan kacau sehingga lapisan nipis terbentuk di bahagian bawah loyang.
-Kemudian, pindahkan adunan ke dalam bekas yang lebih besar dan biarkan selama 4 minit.
-Seterusnya, masukkan 3 biji telur secara satu persatu dan kacau sehingga sebati.
-Apabila adunan telah sebati, pindahkan doh ke dalam beg paiping.
-Bentukkan adunan di atas loyang yang beralaskan kertas pembakar.
-Selanjutnya, bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 35 minit.
KRIM
-Campurkan susu sejat, gula, tepung kastad dan esen vanila.
-Kemudian, kacau semua bahan menggunakan api sederhana sehingga adunan manjadi pekat.
-Seterusnya, masukkan adunan ke dalam beg paiping.
-Akhir sekali, isikan adunan kastad ke dalam paf yang telah siap dibakar.
-Susun di atas pinggan dan sedia untuk dihidang.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN