KJ petikai keputusan pembatalan penyertaan Azizulhasni

KJ pertikai keputusan pembatalan penyertaan Azizulhasni

HANTARAN Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Instastory miliknya. - IHSAN IG KHAIRYKJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat memberi satu amaran adalah tindakan lebih adil buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang disingkirkan daripada pusingan pertama keirin Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran Instastory miliknya, Khairy berkata ada ‘clear precedent’ (dahuluan) yang jelas diguna berdasarkan insiden sama yang turut berlaku ketika final keirin di Rio 2016 apabila dua kali perlumbaan dimulakan semula.

Menurutnya, kesilapan pertama dilakukan oleh bekas pelumba Great Britain, Jason Kenny dan Azizulhasni sebelum wakil Jerman, Joachim Eilers turut melakukan kesalahan yang sama.

KJ

“Mereka semua didapati memotong derny (pacer). Saya masih ingat kerana saya berada di velodrom bersama pengurus Datuk Amarjit Singh Gill dan jurulatih, John Beasley.

“Ketiga-tiga negara mengemukakan rayuan supaya tidak dibatalkan penyertaan. Saya masih ingat saya berkata kepada Amarjit yang bernasib baik bukan Azizulhasni seorang yang memotong ‘pacer’.

“Juri tidak akan berani membatalkan penyertaan pelumba Barat dan Eropah. Semua pelumba diberikan amaran dan dibenarkan berlumba di final.

“Apa yang berlaku dalam perlumbaan malam tadi adalah kesilapan tetapi ada dahuluan yang jelas amaran boleh diberikan berbanding membatalkan penyertaan,” katanya.

Ketika di Rio 2016, Kenny meraih emas manakala Azizulhasni menjadi pelumba berbasikal trek pertama negara memenangi pingat di Olimpik dengan merangkul gangsa pada acara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN