BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menggesa 27 negara anggota blok tersebut untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel kerana menyebarkan mesej kebencian terhadap rakyat Palestin. Borrell yang bercakap sebelum mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU di Brussels semalam berkata, beberapa menteri Israel telah membuat kenyataan yang secara jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang juga hasutan untuk melakukan jenayah perang. Walaupun tidak menyebut nama khusus pemimpin terlibat, beliau beberapa…










