Bantuan makanan tergendala, Israel serang konvoi PBB 

Bantuan makanan tergendala, Israel serang konvoi PBB 

KENDERAAN konvoi untuk menghantar makanan ke Gaza diserang Israel.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Program Makanan Sedunia (WFP) terpaksa menghentikan penghantaran bantuan ke Gaza selepas kenderaan diserang ketika menghampiri sekatan tentera Israel kelmarin, di Jambatan Wadi Gaza.

Menurut agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, ketika kejadian, konvoi dua buah kenderaannya yang telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa Israel menghampiri sekatan tersebut.

“Satu daripada kenderaan diserang bertubi-tubi, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun ini bukan insiden pertama yang berlaku semasa perang, ini adalah kali pertama kenderaan WFP disasarkan secara langsung berhampiran sekatan,” jelas WFP seperti laporan Reuters.

Tentera Israel enggan mengulas lanjut insiden tersebut.

WFP menyatakan, kenderaan tersebut berada hanya beberapa meter dari sekatan Israel ketika serangan berlaku.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) semalam menyatakan, operasi bantuan kemanusiaan di Gaza sukar dilaksanakan selepas laluan dan kemudahan pengangkutan terjejas akibat perang.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat mengenai situasi kemanusiaan di Gaza hari ini atas permintaan Britain dan Switzerland.

PBB kini giat menjalankan program pemberian vaksinasi kepada kira-kira 640,000 kanak-kanak di Gaza, selepas seorang bayi berusia 10 bulan lumpuh separuh badan akibat virus polio, kes pertama seumpamanya di wilayah itu dalam tempoh 25 tahun.

Konflik perang di Gaza yang bermula pada 7 Oktober lalu, mengorbankan lebih 40,000 orang serta memaksa hampir 2.3 juta penduduknya meninggalkan rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini