PADANG BESAR: Seorang anggota Bahagian Risik Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta cedera kerana terbabas ketika mengejar pengedar dadah di kawasan Ladang Chuping, di sini, kelmarin. Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, dua anggota PGA yang menunggang motosikal di kawasan berkenaan terserempak dengan dua lelaki mencurigakan juga menunggang motosikal. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, melihat dua anggota PGA itu, kedua-dua lelaki itu…










