PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. “Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet-atlet negara yang akan bertanding pada Sukan Olimpik 2024. “Bersama-sama kita mendoakan kecemerlangan buat atlet-atlet yang mewakili negara ke temasya Olimpik dan Paralimpik,” titah Seri Paduka Baginda di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menyempurnakan majlis…