AMERIKA SYARIKAT: Luis Suarez muncul wira Uruguay apabila gol penyamaannya berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti sebelum menewaskan Kanada 4-3 pada aksi tempat ketiga Copa America. Uruguay hampir dikejutkan apabila Kanada mendahului perlawanan 2-1 pada minit ke-80 menerusi jaringan Jonathan David pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bank of America, Charlotte. Bagaimanapun, bekas bintang Barcelona dan Liverpool, Suarez yang dimasukkan selepas rehat berjaya menyamakan kedudukan pada waktu kecederaan babak kedua…