PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Terengganu, Pahang serta seluruh Johor sehingga pukul 5 petang ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu turut dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Sabah dan Sarawak. “Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu); Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor. “Selain itu…









