Pemain Selangor FC sertai kelab Jepun

Pemain Selangor FC sertai kelab Jepun

PEMAIN Selangor FC, Muhammad Abu Khalil bakal menyertai FC Osaka dari Jepun secara pinjaman bermula bulan ini. - Ihsan Selangor FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC mengesahkan pemain muda, Muhammad Abu Khalil bakal menyertai kelab Jepun, FC Osaka secara pinjaman bermula bulan ini.

Muhammad menyertai kelab J3 itu selepas melengkapkan sesi percubaan bermula 24 Jun hingga 2 Julai lalu.

“Alhamdulilah, siapa sangka saya dapat bermain di luar negara. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Selangor FC kerana memberi saya peluang untuk pergi ke Jepun secara pinjaman bersama FC Osaka.

“Saya lihat ini sebagai peluang untuk memajukan kerjaya bola sepak saya dengan sistem yang mereka miliki. Jujurnya, saya banyak belajar sepanjang sesi percubaan ini.

“Saya sangat bersyukur kerana FC Osaka percaya pada kebolehan saya untuk membantu pasukan mereka meningkatkan prestasi dalam kempen J3.

“Saya akan buat yang terbaik untuk membuatkan keluarga saya, Selangor FC dan Malaysia bangga dengan harapan lebih ramai bakat tempatan ditemui oleh negara lain. InsyaAllah,” katanya.

FC Osaka ditubuhkan pada 1996 dan terletak di Higashiosaka kini menduduki tangga ketikga berkongsi 31 mata dengan Azul Claro Numazu di tempat kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN