KOTA KINABALU: Nasrullah Zulkifli melakar kejutan apabila menjuarai Piala Hilux dengan mengetepikan sekumpulan pemain profesional utama negara termasuk Ben Leong. Berdepan situasi getir pada lubang terakhir, Nasrullah, 26, tenang menyempurnakan putt birdie bagi menamatkan pusingan terakhir di Sabah Golf & Country Club dengan skor par 72 dan lima bawah par 211 secara keseluruhan. Ini membolehkan Nasrullah mengatasi anak jati Sabah Ben, yang cuba memberikan cabaran sengit pada saat akhir, dengan…