KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengaku berlaku kelewatan pengeluaran fleet card bagi kegunaan syarikat pengangkutan darat barangan. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, bagi menangani isu berbangkit, pihaknya mengambil beberapa langkah antaranya memohon syarikat minyak melaksana penggunaan kad tunai. Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan lima syarikat minyak untuk mempercepat proses pengeluaran fleet card itu. “Memang saya akui ada masalah dari segi kelewatan…