KDN bangunkan sistem pengecam muka, urus kawal sempadan

KDN bangunkan sistem pengecam muka, urus kawal sempadan

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu sistem biometrik sedang dibangunkan bagi kaedah pengecaman muka untuk memudahkan urusan kawalan sempadan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membangunkan sistem biometrik itu dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI).

Jelas Shamsul, sistem tersebut dinamakan sebagai Automated Biometric Identification System (IBIS) sebagai sebahagian komponen projek Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

“Sistem ini dijangka sedia digunakan pada 2026,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah), adakah pihak kementerian bercadang menaiktaraf fasiliti di pintu masuk negara daripada sistem biometrik kepada sistem pengecaman muka susulan sebanyak 75 negara kini sudah menggunakan pengawasan AI.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, penggunaan teknologi ini amat penting dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara.

“Susulan ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan, pencerobohan pihak asing ke wilayah negara dan risiko penyeludupan barang di sempadan oleh demikian, KDN sentiasa meneroka penggunaan teknologi baru serta inovasi terkini.

“Ia sejajar perkembangan teknologi semasa dalam penugasan agensi keselamatan kawalan sempadan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×