Kandungan hina 'zionis' akan dipadam Facebook, Instagram

Kandungan hina ‘zionis’ akan dipadam Facebook, Instagram

AGENSI Perlindungan Data Kebangsaan (ANPD) Brazil menggantung serta-merta dasar privasi terkini Meta.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Meta memutuskan kandungan yang menggunakan perkataan ‘zionis’ bagi tujuan menghina kesemua individu Yahudi dan Israel akan dipadam daripada Facebook dan Instagram.

Ini kerana, perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel.

Ia sekali gus melanggar terma laman yang tidak membenarkan kandungan berbaur kebencian.

Pihak Facebook dan Instagram akan mengalih keluar kandungan ‘menyerang Zionis’ apabila ia tidak secara jelas merujuk pergerakan politik dan menggunakan stereotaip antisemitic atau mengancam bahaya melalui ugutan atau keganasan yang ditujukan kepada orang Yahudi ayau Israel.

Meta menetapkan dasar dan peraturan yang menghalang sebarang bentuk serangan terhadap bangsa, etnik, gabungan agama, identiti atau jantina.

Meta dikritik sejak bertahun-tahun, mengenai cara mereka mengendalikan kandungan berkaitan Asia Barat dan konflik di Gaza.

Kumpulan hak asasi manusia itu menuduh syarikat tersebut menindas kandungan yang menyokong rakyat Palestin dalam Facebook dan Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya