KOTA KINABALU: Semua ketua-ketua jabatan yang berkaitan diarahkan untuk mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu-isu semasa seperti masyarakat Palauh yang mendakwa rumah mereka dibakar dan banjir di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, beliau tidak mahu isu-isu semasa sebegitu menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri dan negara. Menurut beliau, susulan banjir yang melanda empat daerah bermula Ahad lepas, kerajaan negeri mengumumkan bantuan RM1,000…