Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 2,479 orang, babit tiga daerah 

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 2,479 orang, babit tiga daerah 

ANGGOTA Pertahanan Awam memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir membabitkan tiga daerah di Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir melibatkan tiga daerah di Kota Marudu, Pitas dan Paitan yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan peningkatan seramai 2,479 orang setakat pukul empat pagi tadi.

Berdasarkan laporan kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Pitas mencatatkan jumlah peningkatan mangsa banjir tertinggi sebanyak 1,515, diikui Kota Marudu seramai 884 orang dan Paitan (80 orang).

Di Kota Marudu, jumlah PPS kekal sebanyak tiga buah melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2, SMK Tandek dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan.

Sementara itu di Pitas, jumlah PPS merekodkan pertambahan sebanyak lapan buah melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, Dewan Majlis Daerah Pitas, Dewan Kusilad, Dewan Kabatasan, SK Salimpodon Darat, SK Pekan II, SK Dandun dan Dewan Kampung Senaja.

Bagi daerah Paitan, sebanyak empat PPS telah dibuka di Dewan Binsulung, Masjid Kaindangan, Dewan Kampung Sungai-Sungai dan Rumah Pengerusi JKKk Kampung Cocos.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)  juga turut memantau situasi banjir di Sandakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, pihaknya menerusi JPBN sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan terjejas. 

Katanya, semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan yang terjejas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN