Guru Tabika Kemas jalani kursus kaedah pengajaran pra tahfiz 

Guru Tabika Kemas jalani kursus kaedah pengajaran pra tahfiz 

AHMAD Kamal Idris Mohd. Nawawi (dua dari kiri) bersama pemenang pertandingan buah durian terbaik Batu Kurau di Larut, hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Sebanyak 4,145 guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara akan menjalani kursus pendedahan kaedah-kaedah pengajaran bagi Program Tabika Pra Tahfiz mulai bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, kesemua guru terlibat akan menjalani sebanyak 42 siri kursus intensif.

“Kursus yang akan dijalani mereka antaranya berupa menghafal surah, mengaji al-Quran dan pembelajaran manusia.

“Dahulunya Tabika Kemas hanya menekankan 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan menakul dan kini ditambah lagi 3M bagi kaedah penghafazan iaitu menghafal, mengaji dan manusiawi,” katanya kepada pemberita pada Pertandingan Buah Durian Terbaik Tertutup DUN Batu Kurau 2024 di Anak Kurau Batu Kurau, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Kamal Idris, sebanyak 42 sesi kursus itu diadakan bertujuan bagi memastikan guru-guru Tabika Kemas mempunyai kemahiran yang baik dalam pembacaan al-Quran dari segi tajwid dan taranumnya.

Menurutnya, kebanyakan guru-guru Tabika Kemas pada masa ini adalah lepasan dari pengajian pendidikan kanan dan tidak mempunyai latar belakang secara khusus di bidang pengajian agama.

“Sebab itu kursus yang diadakan ini adalah untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran yang baik dalam pembacaan al-Quran dari segi tajwid sebagai persediaan bagi melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz ini,” katanya.

Menurutnya, di Perak, seramai 420 guru Tabika Kemas di negeri ini akan mengikuti kursus yang akan diadakan selama empat hari bagi sesi kursus.

Terdahulu media melaporkan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz melibatkan sebanyak 10,843 Tabika Kemas di negara ini bagi memperkasakan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Tabika Kemas juga akan diperkukuhkan dengan memasukkan program baharu agar ilmu akidah, ibadah, solat dan keagamaan dapat diterap sejak peringkat tabika lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN