AS raih pingat Olimpik kali ke 3,000

AS raih pingat Olimpik kali ke 3,000

PEMENANG pingat perak, Regan Smith (kiri), bersama rakan senegara, Katharine Berkoff serta perenang Australia, Kaylee McKeown bergambar dengan pingat mereka selepas acara renang 100 meter (m) kuak lentang wanita semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena La Defense. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pasukan Amerika Syarikat (AS) berjaya meraih pingat Olimpik buat kali ke- 3,000 selepas perenang mereka, Regan Smith dan Katharine Berkoff menang perak dan gangsa, kelmarin.

Smith dan Berkoff yang menguasai acara 100 meter(m) kuak lentang wanita itu bagaimanapun bergelut untuk mencapai tangga teratas podium di Arena La Defense.

AS kini memenangi sebanyak 3,000 pingat menerusi Sukan Olimpik Musim Panas dan Sejuk dan tiada negara lain yang mampu menandingi walaupun separuh jumlah daripada itu.

Bagaimanapun, di Olimpik Paris AS masih jauh di belakang dalam kedudukan pingat emas dengan lima negara di hadapan mereka buat masa ini.

Biarpun AS meraih 15 pingat secara keseluruhan dalam acara renang, namun hanya dua emas sahaja diperoleh dan Australia dilihat sebagai pencabar terbaharu dengan membawa pulang empat emas setakat ini.

Sementara itu, Bobby Finke menduduki tempat kedua menerusi acara 800m gaya bebas lelaki manalala pasukan berganti gaya bebas 4x200m lelaki turut di carta yang sama di belakang Britain pada Selasa lalu.

“Saya fikir kami sentiasa memburu emas, itu standard AS. Ianya adalah satu perkara yang sangat istimewa untuk berada di podium itu.

“Sejujurnya ianya benar-benar sukar beberapa tahun lalu kehilangan podium itu. Jadi ini adalah satu langkah ke hadapan, tetapi kami sentiasa memburu emas,” kata Finke. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN