Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal lunas dendam pilihan utama

Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal lunas dendam pilihan utama

Wang Chang dan Liang Wei Keng (baju merah) dari China berjabat tangan dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas perlawanan peringkat kumpulan beregu lelaki badminton semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berpuas hati apabila tewas kepada pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi terakhir kumpulan di Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Pada aksi yang mendebarkan itu, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 itu akur dengan kedudukan naib juara Kumpulan A selepas tumbang 22-24, 14-21 kepada pasangan nombor satu dunia itu dalam permainan selama 42 minit.

Aaron-Wooi Yik hadir ke gelanggang dengan status nombor empat dunia, berusaha untuk mengejar daripada ketinggalan lima mata kepada 20-20 namun gagal menyudahkan.

Set kedua berlangsung, menyaksikan Wei Keng-Chang, kekal dengan perlawanan mengagumkan untuk melebarkan rekod kemenangan kepada tujuh daripada sembilan pertemuan.

Undian bagi peringkat lapan terakhir akan diadakan selepas kesemua perlawanan beregu lelaki tamat, esok. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN