FRANKFURT: Keputusan seri yang dicatat oleh Slovakia dan Romania memastikan kedua-dua pasukan terbabit menempatkan diri ke pusingan kalah mati, awal pagi tadi.
Romania muncul selaku juara kumpulan E, manakala Slovakia memastikan mereka berada di salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan.
Pada aksi terbabit, Ondrej Duda membuka jaringan minit ke-24 permainan selepas menanduk masuk bola hantaran Juraj Kucka.
Romania tercabar jaringan pembukaan Slovakia, menyamakan kedudukan selepas mendapat hadiah sepakan penalti sekali gus disempurnakan oleh Razvan Marin pada minit ke-37.
Keempat-empat pasukan kumpulan E menamatkan saingan dengan empat mata namun Romania muncul juara selepas memiliki kelebihan jaringan di depan Belgium yang bergelar naib juara.
Ukraine tersingkir selepas menamatkan saingan tercorot selepas kurang jaringan berbanding Slovakia. – AGENSI










