KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan membedah siasat bangkai harimau belang yang ditemukan penduduk kampung di dalam Sungai Pergau, Kampung Kandek di Dabong dekat Kuala Krai semalam. Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, tiada kesan kecederaan, tembakan atau jerat pada badan harimau belang itu selepas pemeriksaan awal fizikal dilakukan oleh anggota Perhilitan. Menurutnya, bangkai binatang itu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai…










