Penyokong Scotland kagum sikap baik hati peminat Jerman

Penyokong Scotland kagum sikap baik hati peminat Jerman

PENYOKONG Jerman sempat berswafoto sebelum menyerahkannya kepada pihak polis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STUTTGART: Seorang peminat Scotland kehilangan telefon pintarnya ketika aksi pertama Kumpulan A menentang Jerman, minggu lalu.

Bagaimanapun, peminat terbabit menemui telefonnya semula ketika berjumpa dengan pihak polis untuk menyatakan kehilangan berkenaan.

Selepas menemuinya, peminat Scotland itu tercengang apabila mendapati sekeping gambar swafoto penyokong lawan iaitu Jerman sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Penyokong Scotland itu teruja bahawa masih ada yang berhati budi untuk menyerahkan telefon itu kepada polis selepas swafoto sambil tersenyum di fail gambar.

Menurut satu ciapan penyokong dalam laman X berkata telefon itu tertinggal di tandas awam dan ketika itu penyokong Jerman terbabit menyerahkan kepada pihak berkuasa.

“Kieran tertinggal telefonnya di tandas mudah alih. Peminat Jerman itu menemuinya, mengambil swafoto dan kemudian menyerahkannya kepada polis. Dia memperoleh telefonnya kembali,” kata badan penyokong Kumpulan Tentera Tartan menerusi laman X. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN