Peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah PJ

TERKINI: Peguam, ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah PJ

PEGUAM mewakil ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Peguam, Fahmi Abd. Moin, Ilyani Khuszairi dan Mahmud Jumaat tiba di mahkamah masing-masing sekitar pukul 11.20 pagi dan 11.15 pagi.

Difahamkan, Fahmi dimaklumkan anak guamnya itu tiba di mahkamah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dimaklumkan anak guam saya tiba di sini pukul 9 pagi dan tidak boleh komen apa-apa,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, akhbar ini  melaporkan keputusan sa­ma ada ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan didakwa atau dibebaskan akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berdasarkan kertas siasatan yang telah dilengkapkan pihak polis.

Ketika ini, ibu bapa kanak-kanak malang itu masih dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan kes ber­kenaan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu sebelum direman tujuh hari sehingga 7 Jun lalu.

Sebaik reman pertama mereka tamat, kedua-duanya telah disambung reman enam hari lagi dan tempoh berkenaan tamat esok (Khamis).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini