Dilancarkan pada 2021, Kita Studio mempersembahkan koleksi sedia dipakai (RTW) dengan rekaan kaftan yang praktikal dan bergaya.
Kita mencerminkan identiti jenama ini yang meraikan pelbagai bentuk dan saiz badan. Koleksi terbaru mereka, kaftan menyusu, hadir dalam pelbagai motif dan warna.
Apabila membicarakan tentang fesyen, fungsi praktikal sering kali menjadi faktor penting, terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Koleksi ini sesuai dipakai daripada saiz XS hingga L. Diperbuat daripada 100 peratus poliester ringan yang tidak perlu digosok, kaftan ini menjanjikan keselesaan sepanjang hari tanpa perlu risau tentang kedutan.
Selain itu, kaftan ini dilengkapi dengan zip depan yang tidak kelihatan, membolehkan akses mudah untuk penyusuan tanpa mengorbankan gaya.

Lehernya yang berbentuk bulat menambah sentuhan elegan dan selesa.
Tidak ketinggalan, terdapat dua poket sisi yang praktikal untuk menyimpan barangan kecil seperti telefon bimbit atau kelengkapan bayi.
Untuk penjagaan, kaftan ini boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan diseterika pada suhu rendah.
Untuk yang bertubuh pear, disarankan memilih rona gelap pada bahagian bawah seperti hitam, navy atau coklat. Motif yang menarik perhatian di bahagian atas seperti corak bunga besar atau garis melintang adalah pilihan terbaik untuk menyeimbangkan bentuk badan. Tips saya pilihlah koleksi kaftan menyusu Aira dan Ezra.

Bagi yang memiliki badan curvy, rona merah, hijau zamrud atau biru kobalt akan menonjolkan keindahan bentuk tubuh. Pilih corak kecil dan padat untuk memberikan ilusi badan yang lebih ramping, dan elakkan corak terlalu besar atau tebal. Kaftan menyusu Dija dan Safwa sesuai buatmu.
Jika dirimu memiliki bentuk badan hourglass, dengan pinggang yang jelas serta bahu dan pinggul seimbang, rona cerah atau pastel seperti kuning, lavender atau coral adalah pilihan yang tepat. Pilihan saya adalah Layla dan Matahari dalam koleksi ini.

Pemilik tubuh genit, pilih warna monokrom atau ton yang hampir sama seperti beige, ivory atau pastel untuk memberikan ilusi tinggi. Corak vertikal atau jalur panjang menerusi Hummus membuatkan tubuhmu kelihatan lebih tinggi dan langsing.
Kita Studio benar-benar memahami keperluan ibu-ibu moden dengan koleksi kaftan menyusu keluarannya.
Rekaan ini menggabungkan fesyen dan praktikaliti, bagi memudahkan kaum ibu melakukan aktiviti penyusuan tanpa mengabaikan soal gaya.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kaftan menyusu yang menakjubkan ini dan tampil bergaya setiap hari!










