Enaknya roti gulung kayu manis

Enaknya roti gulung kayu manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGGEMAR pastri pasti tergoda dengan sajian istimewa roti gulung kayu manis di Cinnabon.

Rahsia keenakan hidangan pemanis mulut ikonik dunia itu terletak pada penggunaan kulit kayu manis makara. 

Diimport dari Indonesia, rempah berkenaan menawarkan citarasa berbeza dan keenakan yang tiada bandingan. 

Pengarah Strategik Kumpulan AC Hesed, Noémi Chaw berkata, roti gulung itu sesuai dinikmati pada bila-bila masa terutama bagi mereka yang mengidamkan sesuatu yang manis. 

“Tarikan Cinnabon adalah pada cinta dan keajaiban, apatah lagi dibakar segar setiap hari, buatan tangan dan aroma kayu manisnya memikat jiwa. 

“Kami teruja untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia roti gulung kayu manis terbaik di dunia ini,” katanya ditemui pada majlis pembukaan outlet jenama berkenaan di pusat belibelah TRX baru-baru ini. 

Turut hadir, Pengarah Urusan APAC GoTo Foods International, Steven D, Pengasas Bersama Kumpulan AC Hesed, Christina Chaw dan Pengerusinya, Andy Chaw. 

Roti gulung kayu manis mempunyai tiga perisa iaitu klasik, karamel pecan dan coklat. 

Pelanggan juga boleh memilih dua saiz roti sama Cinnabon atau Minibon yang lebih kecil. 

Sempena pembukaan baharu itu, Cinnabon turut menawarkan tiga promosi eksklusif hingga 14 Jun ini buat para pembeli. 

Noémi berkata, pelanggan bertuah berpeluang memenangi hadiah utama iaitu bekalan Cinnabon selama setahun manakala tempat kedua (enam bulan) dan ketiga (tiga bulan). 

Selain itu, katanya, baucer Minibon turut diberikan secara percuma bagi setiap pembelian selain hadiah-hadiah lain. 

Sehingga kini, Cinnabon beroperasi di lebih 1,900 lokasi di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×