Ashley sambar tiket ke Paris Olimpik 2024

Ashley sambar tiket ke Olimpik Paris 2024

ASHLEY Lau menjadi atlet golf kedua selepas Gavin Kyle Green melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berita baik buat kem golf negara apabila Ashley Lau memahat namanya ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya naik di kelompok 60 pemain terbaik ranking kelayakan Olimpik.

Berdasarkan rankingnya kini, pemain berusia 23 tahun itu menjadi antara 60 pemain akan berentap di lapangan Le Golf National Paris, Ogos ini selepas menduduki ke tempat-49 terbaik dunia.

Ini sekali gus menjadi penampilan sulungnya di Olimpik susulan pencapaian di Kejohanan Down Under serta mengungguli Terbuka Vic di Australia.

Beliau menyumbat enam di bawah par 66 dalam kejohanan terbabit untuk menyingkirkan bekas jaguh nombor satu dunia, Jiyai Shin.

Terdahulu, Gavin Kyle Green menjadi atlet golf pertama melayakkan diri ke Paris, minggu lalu.

Aksi golf wanita akan membuka tirai saingannya pada 7 hingga 10 Ogos ini selepas tempoh kelayakan bagi kategori terbabit, kelmarin (Isnin).

Pemain kelahiran Sarawak itu akan menyertai 21 atlet lain daripada sukan terjun (seorang), badminton (8), berbasikal trek (3), memanah recurve (3), pelayaran (2), angkat berat (1) dan menembak menerusi Johnathan Wong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN