2,500 penduduk Gaza tak dapat tunai haji - Utusan Malaysia

2,500 penduduk Gaza tak dapat tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai 2,500 rakyat Palestin tidak dapat menunaikan ibadah haji akibat serangan bertali arus oleh tentera Israel di Gaza dan lintasan Rafah yang menghubungkan negara itu ke Mesir.  

Kementerian Wakaf di Semenanjung Gaza berkata, konflik itu mengganggu persiapan haji oleh pihak kementerian, termasuk menandatangani kontrak pengangkutan di Mesir dan Arab Saudi serta menempah penginapan di Mekah dan Madinah. 

Jurucakap kementerian itu, Ikrami Al-Mudallal berkata, kumpulan jemaah itu mewakili 38 peratus daripada keseluruhan 6,600 jemaah Palestin. 

“Pihak kementerian sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Arab Saudi dan Mesir bagi menangani ‘pelanggaran ketara’ terhadap hak jemaah Palestin dan mencari jalan untuk mereka menunaikan haji,” katanya.

Bagaimanapun, Ikrami berkata, jemaah haji Palestin yang terjejas tahun ini tidak akan kehilangan hak mereka untuk menunaikan haji tahun depan. 

Ini kerana, keutamaan tetap akan diberikan kepada mereka kerana ramai yang menunggu giliran serta 70 peratus adalah golongan warga emas. 

Pada 6 Jun lalu, Raja Arab Saudi menjemput khas 1,000 jemaah daripada ahli keluarga Palestin yang terkorban dan cedera sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Haji dan Umrah, Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.

Jemaah haji itu dipilih daripada mereka yang telah meninggalkan Gaza sama ada disebabkan perang atau mendapatkan rawatan perubatan. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN