TikTok saman AS - Utusan Malaysia

TikTok saman AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan pengharaman aplikasi itu. 

TikTok juga berdepan perundangan baharu yang memaksa syarikat itu menjual aplikasinya kepada firma di AS. 

Menurut TikTok, langkah AS jelas melanggar Perlembagaan kerana pertama kali dalam sejarah sebuah platform dipaksa untuk dijual atau akan menghalang rakyat AS menyertai komuniti lebih satu bilion pengguna seluruh dunia. 

Saman yang difailkan oleh TikTok juga turut menekankan ia sudah beroperasi sejak 2017, dan pelbagai hujah pengharaman tidak mempunyai sebarang bukti sehingga kini yang mendakwa data TikTok disalahguna oleh Kerajaan China.

“Undang-undang dikenali sebagai Akta Melindungi Rakyat Amerika daripada Aplikasi Dikawal oleh Pihak Asing, adalah ‘tidak berperlembagaan’ dan penjualan harta dalam tempoh 12 bulan adalah ‘tidak mungkin dilaksanakan: dari segi komersial, teknologi, atau undang-undang’. 

“Akta itu akan memaksa penutupan TikTok menjelang 19 Januari 2025, yang menafikan hak 170 juta rakyat Amerika yang menggunakan platform itu untuk berkomunikasi dengan cara yang tidak dapat sama dengan platform lain,” menurut penyataan dalam saman malu berkenaan. 

Saman itu juga menyatakan Kerajaan China secara jelas tidak akan membenarkan pengambilalihan enjin cadangan yang merupakan kunci kejayaan TikTok di AS. 

TikTok juga mendakwa memindahkan kod sumbernya ke AS akan ‘mengambil masa bertahun-tahun’. 

Ini kerana, ia memerlukan ‘set baharu jurutera sepenuhnya untuk memperoleh pengetahuan yang mencukupi mengenai kod sumber bagi aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan yang diperlukan untuk platform itu.’

Sebelum ini, melalui perundangan baharu berkenaan, Bytedance diberikan tempoh sehingga Januari 2025 untuk menjual perniagaan TikTok di AS atau aplikasi berkenaan akan diharamkan. 

Namun, mengikut pelbagai laporan awal, Bytedance dilihat tidak berhasrat menjual TikTok dan pada masa sama, ia mungkin dihalang oleh China kerana mempunyai algoritma khusus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya