Tentera China pamer kebolehan robot anjing - Utusan Malaysia

Tentera China pamer kebolehan robot anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tentera China mempamerkan kebolehan robot anjing dilengkapi senapang automatik yang dipasang di belakang badan semasa latihan ketenteraan di Kemboja, baru-baru ini. 

Anjing yang merupakan kawan terbaik manusia kini sudah menjadi senjata pembunuh dalam bentuk elektronik di China.  

Seorang anggota tentera dikenali sebagai Chen Wei berkata, senjata itu boleh bertindak sebagai anggota baharu dalam operasi pertempuran di bandar bagi menggantikan manusia. 

“Ia boleh menjalankan aktiviti peninjauan dan mengenal pasti musuh serta menyerang sasaran,” katanya lapor stesen penyiar negeri, CCTV. 

Video berdurasi dua minit yang dibuat semasa latihan ‘Golden Dragon 2024’ China-Kemboja menunjukkan robot anjing itu berjalan, melompat, berbaring dan bergerak ke belakang berdasarkan kawalan alat pengendali jauh. 

Dalam satu sesi latihan, robot penembak itu membawa unit infantri ke dalam bangunan simulasi. 

Penggunaan tentera robot anjing dan dron udara bersaiz kecil bukan sesuatu yang baharu. 

Menurut Global Times, kehadiran robot anjing semasa latihan ketenteraan dengan tentera asing menunjukkan tahak perkembangan yang lebih maju. 

“Kebiasaannya, peralatan baharu tidak akan dibawa ke dalam latihan bersama negara lain, namun robot anjing ini mesti sudah mencapai tahap kematangan teknikal tertentu,” kata pakar. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN