PSAS: Jepun tewaskan pasukan Olimpik

PSAS: Jepun tewaskan pasukan Olimpik

PEMAIN Jepun, Ken Nagayoshi meraikan jaringan keempat pasukannya pada aksi menentang New Zealand di Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Azlan Shah, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jepun meneruskan momentum kemenangan di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 selepas menundukkan New Zealand 4-1 pada aksi kedua di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.

Ia merupakan kejutan dalam kejohanan ini apabila skuad Samurai sekali lagi
menjadi ‘pembunuh gergasi’ sekali gus menyaksikan dua pasukan yang berada dikedudukan ranking dunia lebih baik dijinakkan oleh mereka.

Jepun yang berada di kedudukan ke-16 dunia tiada masalah mengatai pasukan ditangga ke-10 dunia, New Zealand yang juga bakal beraksi di Sukan Olimpik Paris.

Kemenangan itu menjadi kejutan kedua dilakukan pasukan kendalian Yoshihiro Anai di kejohanan edisi ke-30, selepas Korea Selatan yang berada ditangga ke-11 dunia menjadi ‘mangsa’ pertama mereka.

Pada aksi itu, Naru Kimura membuka tirai jaringan pada minit ke-13 buat Jepun menerusi gol padang.

Skuad Samurai berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Raiki Fujishima.

Menerusi satu serangan balas pantas Jepun, Tsubasa Tanaka berjaya merobek gawang New Zealand buat kali ketiga menerusi gol padang pada minit ke-43.

Usaha New Zealand untuk mencari gol pertama akhirnya berjaya pada minit ke-55 hasil pukulan sudut penalti dilakukan Scott Cosslett namun Jepun kembali menjarakkan kedudukan menerusi Ken Nagayoshi pada penghujung akhir perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Samurai mengutip mata penuh dalam dua perlawanan awal sebelum semua pasukan berehat selama satu hari esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya