Selangor lakar kemenangan pertama 1-0 ke atas Kedah

Selangor lakar kemenangan pertama 1-0 ke atas Kedah

Pemain Selangor, Ronnie Fernandez diasak pemain Kedah pada perlawanan Liga Super 2024 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, dianggarkan 10,077 penonton yang hadir menyaksikan kedua-dua pasukan menguji benteng pertahanan pasukan masing-masing.

KDA dan Selangor akhirnya buntu untuk menjaringkan gol selepas gagal memecah benteng pertahanan pasukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik separuh masa kedua bermula, The Red Giants kelihatan mengubah strategi selepas tampil dengan garang untuk memecah kebuntuan.

Aliff Haiqal dibawa masuk menggantikan Mukhairi Ajmal pada minit ke-81 sebagai pecutan akhir buat gergasi merah kuning menjaringkan gol pertama.

Lapan minit berselang, Aliff Haiqal berjaya memecah kebuntuan meledak gol pertama Selangor pada minit ke-89 permainan.

Gol minit-minit akhir yang dijaringkan oleh pemain berusia 23 tahun itu membuat Sang Kenari buntu walaupun cuba bangkit mencari penyamaan.

Namun, kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan menyaksikan The Red Giants meraih tiga mata di laman sendiri walaupun beraksi tanpa penyerangnya Faisal Halim yang masih menjalani rawatan susulan daripada insiden serangan asid sebelum ini.

Keputusan 1-0 menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil melakar kemenangan pertama selepas dikira tewas akibat menarik diri pada Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Takzim (JDT) FC minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN