Penunjuk perasaan Israel sekat trak bantuan ke Gaza

Penunjuk perasaan Israel sekat trak bantuan ke Gaza

PENUNJUK perasaan berhaluan kanan Israel berkumpul dengan bendera dan sepanduk di luar pejabat lapangan Tebing Barat Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmuqaddis. -CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Penunjuk perasaan Israel menyekat trak bantuan yang menuju ke Gaza semalam dengan menaburkan bungkusan makanan di jalan raya.

Insiden ini berlaku ketika tentera Israel berikrar untuk membenarkan bekalan kemanusiaan tanpa gangguan memasuki kawasan yang dikepung itu.

Menurut kenyataan daripada peguam yang mewakili penunjuk perasaan, seramai empat penunjuk perasaan termasuk seorang di bawah umur ditangkap pada protes itu di pusat pemeriksaan Tarqumiya, barat Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Video yang disebarkan dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan mencampakkan bekalan dari trak ke tanah dengan kandungan karton yang dibuka dibuang di seberang jalan.

“Bantuan yang dipindahkan oleh Israel terus ke tangan Hamas,” kata kenyataan daripada kumpulan Perintah 9 yang menganjurkan protes.

Kumpulan itu berkata bahawa selagi Israel memberi ‘hadiah’ kepada Hamas dan kemungkinan kawalan penuh ke atas Gaza melalui pemilikan pengagihan bantuan, Hamas tidak akan berminat dalam perjanjian yang akan membawa pulang lebih 100 tebusan itu ke Israel

Minggu lalu, empat orang ditahan di selatan Israel selepas protes serupa oleh warga Israel yang membantah menghantar bekalan kemanusiaan ke kawasan yang dikawal oleh gerakan Islam Hamas, menurut peguam mereka.

“Memandangkan insiden berkelakuan tidak senonoh yang berlaku hari ini, penguatkuasaan undang-undang memulakan siasatan yang memuncak dengan penahanan berbilang suspek,” kata polis Israel dalam satu kenyataan. 

Siasatan sedang giat dijalankan.

Israel menghadapi tekanan antarabangsa yang berat untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza di mana pertubuhan antarabangsa memberi amaran tentang krisis kemanusiaan yang teruk yang mengancam penduduk lebih dua juta orang.

Pada Ahad lalu, pihak berkuasa Israel mengumumkan pembukaan lintasan baharu ke utara Gaza dan pelabuhan sementara yang dibina oleh Amerika Syarikat, hampir dibuka.-CNA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN