Affin Diventium dinobat Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik 2026

Affin Diventium dinobat Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Affin (Affin) melakar pencapaian membanggakan apabila perkhidmatan perbankan swastanya, Affin Diventium Private Banking diiktiraf sebagai Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik pada Anugerah Kekayaan Global Private Banker International 2026.

Pengiktirafan serantau itu diraih hanya dalam tempoh dua tahun selepas pelancarannya, sekali gus mencerminkan kejayaan strategi kumpulan dalam menyediakan penyelesaian kewangan khusus untuk pemilik perniagaan, usahawan dan keluarga berbilang generasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kejayaan tersebut memberi keyakinan kepada kumpulan untuk terus memperkukuh kedudukan dalam sektor perbankan swasta bertaraf premium.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kami menubuhkan Affin Diventium, kami meletakkan sasaran untuk menyampaikan pengalaman perbankan swasta peringkat tertinggi.

“Menerima pengiktirafan di peringkat Asia Pasifik dalam tempoh dua tahun memberi keyakinan kepada kami terhadap perniagaan yang sedang dibina, di samping merakamkan penghargaan kepada para pelanggan dan warga kerja,” katanya dalam kenyataan.

Sejak diperkenalkan, Affin Diventium membina hubungan pelanggan menerusi pendekatan libat urus tersendiri melangkaui perbankan tradisional, termasuk penganjuran program eksklusif seperti Affin Diventium x Aston Martin Owners’ Drive 2026 di Langkawi dan Kejohanan Golf Jemputan di Jakarta.

Selain itu, kerjasama strategik dengan PT Bank Central Asia Tbk (BCA) di Indonesia serta kempen gaya hidup bersama Marriott Bonvoy turut memperkuatkan lagi nilai tambah dan tarikan kepada pelanggan bernilai bersih tinggi (HNWI).

Pendekatan berasaskan perhubungan erat itu diterjemahkan menerusi pertumbuhan kukuh perniagaan kekayaan kumpulan, di mana aset di bawah pengurusan (AUM) melonjak sebanyak 38 peratus kepada RM2.20 bilion setakat Jun 2026 berbanding RM1.6 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Kejayaan tersebut turut disokong oleh inovasi perkhidmatan seperti Peti Simpanan Selamat Automatik (ASDL) yang pertama di Malaysia, selain memperkukuh agenda Pelan AX28 kumpulan yang berteraskan Perkhidmatan Pelanggan Tanpa Tandingan, Kepimpinan Digital serta Perbankan Bertanggungjawab. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini