Lebih 100 trak bantuan kemanusiaan ke Gaza tersadai

Lebih 100 trak bantuan kemanusiaan ke Gaza tersadai

TRAK Mesir yang membawa bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza menunggu berhampiran persimpangan sempadan Rafah di sebelah Mesir pada 26 Mei lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Lebih 100 trak bantuan berjaya sampai ke Gaza kelmarin selepas wujud perjanjian untuk mengalihkan bantuan melalui lintasan sempadan Ke­rem Shalom, tetapi bekalan belum diagihkan berikutan sera­ngan Israel yang berterusan.

Penghantaran amat diperlukan kerana hanya sedikit bantuan dikatakan sampai ke selatan Gaza sejak 6 Mei lalu apabila Israel menguasai bahagian Palestin di sempadan Rafah, kira-kira 3.5 kilometer dari Kerem Shalom dan pintu masuk utama ke Gaza untuk bekalan kemanusiaan dan komersial.

PENGHANTARAN BANTUAN TERBESAR

Ketibaan trak terbaharu ini akan menjadikan penghantaran bantuan terbesar ke selatan Gaza setakat ini sejak pelancaran serangan Israel di Rafah dan tiada trak dilihat melintasi sempadan.

Tentera Israel memulakan serangan darat di timur Rafah sejak tiga minggu lalu.

Serangan udara Israel pada Ahad lalu mencetuskan kebakaran yang mengorbankan 45 orang di khemah pelarian di Rafah, menyebabkan bantahan daripada pemimpin global.

Sumber keselamatan Mesir memberitahu Reuters bahawa 123 trak bantuan melintasi sempadan dan menyerahkan barangan itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, sumber Israel mengesahkan bahawa bantuan dibawa ke bahagian Gaza dan diserahkan kepada rakan kongsi.

Sumber bantuan Mesir pula berkata bahawa empat trak mi­nyak juga melintasi sempadan.

PULANG DENGAN TANGAN KOSONG

Tetapi trak Palestin yang pergi mengambil bantuan di persimpangan itu memberitahu mereka pulang dengan ‘tangan kosong’, kata pegawai PBB dan Palestin kepada Reuters.

“Trak bergerak tetapi tidak dapat mengumpulnya kerana serangan roket kelmarin dan IAF (angkatan udara) menyerang semalaman,” kata seorang pegawai PBB di Gaza, sambil menambah bahawa bekalan itu milik agensi bantuan PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan Program Makanan Sedunia.

Jumaat lalu, Mesir dan Amerika Syarikat bersetuju untuk menggunakan Kerem Shalom sehingga pengaturan dibuat untuk membuka semula Rafah dari pihak Palestin, kata Presiden Mesir.

Bagaimanapun, Mesir enggan berkoordinasi dengan Israel di kawasan persimpangan itu.

Kira-kira 200 trak dijangka masuk ke Gaza Ahad lalu, namun, masih di bawah paras yang diperlukan di jalur yang menempatkan 2.3 juta orang di mana pemantau mengatakan kebuluran berlaku di beberapa kawasan.

Penyelia KSrelief, Abdullah Al Rabeeah berkata, badan amal itu yang dibiayai Arab Saudi kelmarin menghantar sebuah kapal yang membawa hampir 500 tan metrik bantuan termasuk makanan, bekalan perubatan dan bahan perlindungan untuk Gaza.

Bantuan itu dijangka tiba di pelabuhan El Arish Mesir dalam masa sehari dan kemudian dipunggah untuk penghantaran akhirnya di selatan Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN