SINGAPURA: Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura malam ini, menandakan peralihan kepemimpinan pertama negara itu dalam tempoh 20 tahun. Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura. Lawrence, 51, mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Lee Hsien Loong, 72, yang akan kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan. Ketika mengumumkan…










